Saturday, November 8, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kesihatan mental belia semakin terjejas, perlukan sistem sokongan

The Sun Berita

KUCHING: Kesihatan mental dalam kalangan belia semakin terjejas akibat pelbagai faktor termasuk tuntutan akademik, ketidaktentuan ekonomi, penggunaan digital berlebihan, dan keretakan dalam institusi keluarga, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata situasi ini amat membimbangkan terutamanya di kawasan luar bandar dan golongan terpinggir, di mana perkhidmatan kesihatan mental masih terhad.

“Meskipun berada di kawasan bandar, ramai belia masih tidak mempunyai akses kepada persekitaran selamat untuk meluahkan masalah yang dialami,“ katanya.

Abdul Karim menekankan bahawa kesihatan mental belia banyak dipengaruhi faktor luaran seperti sistem pendidikan, teknologi, norma masyarakat, keluarga, dan dasar sedia ada.

“Kita perlu menyesuaikan semula sistem-sistem ini bagi menyokong keperluan belia dengan lebih berkesan. Selain itu, kita perlu wujudkan budaya yang menggalakkan belia bersuara secara terbuka dan menyediakan platform untuk mereka meluahkan pendapat,“ ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Sarawak mengenai Kesihatan Mental Belia 2025 di sini hari ini.

Menurut laporan antarabangsa, seorang daripada setiap lima remaja mengalami masalah kesihatan mental. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) juga menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam tahap kemurungan, kebimbangan, dan tekanan dalam kalangan belia, termasuk di Sarawak.

“Sekiranya kita mahu melahirkan belia sebagai generasi pemimpin, profesional, dan ejen perubahan, kita mesti mulakan dengan memastikan ketahanan mental dan kesejahteraan emosi mereka,“ tegasnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

All-new Mazda BT-50 launched in Malaysia

Bermaz Motor has officially launched the All-New Mazda BT-50, bringing a new level of refinement, technology, and practicality to Malaysia’s pickup truck segment. The BT-50 embodies Mazda’s KODO: Soul of Motion design philosophy, translating the brand’s sense of movement and elegance into the shape of a pickup. Every surface and contour has been carefully crafted to balance strength and proportion, giving the vehicle a poised and confident appearance.

Xencelabs Launches Ultra-Portable 4K OLED Pen Display 16 Lite​

VANCOUVER, CANADA - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Xencelabs today announced the Pen Display 16 Lite, a new ultra-portable 4K OLED pen display designed for mobile professionals.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img