the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
29.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN sita barang kawalan berjadual bernilai lebih RM13,000

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menyita barangan kawalan berjadual dianggarkan bernilai RM13,795.38 dalam serbuan di sebuah pasar raya di Padang Besar semalam selepas dipercayai beroperasi tanpa lesen runcit barang kawalan berjadual yang sah.

Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar berkata barangan yang disita melibatkan 1,537 kilogram (kg) gula pasir, tepung gandum 1kg (1,136 peket), tepung gandum 850 gram (936 peket), minyak masak 2kg (141 botol) dan minyak masak 5kg (54 botol).

“Ketika pemeriksaan, penguat kuasa KPDN Perlis telah bertemu dengan pengurus pasar raya berkenaan bagaimanapun menghadapi kekangan susulan pengurus itu yang merupakan warganegara Nepal tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Norazah berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati peniaga premis perniagaan runcit itu gagal mengemukakan suatu lesen atau kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia untuk berurus niaga barang kawalan berjadual iaitu gula pasir, minyak masak dan tepung gandum.

Sehubungan itu, beliau berkata satu tindakan kes telah diambil terhadap peniaga premis perniagaan runcit itu dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img