the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan barangan disenarai dalam SHMMP Deepavali 2024 – Armizan

KUALA LUMPUR: Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024, berkuat kuasa tujuh hari bermula 28 Okt hingga 3 Nov ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata barangan lain ialah bawang merah kecil (India) termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.

“Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti permintaan serta penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan lain-lain,” katanya pada sidang media pengumuman pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata penentuan harga tersebut dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, agensi dan pemain industri.

”Harga maksimum yang ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my,” katanya.

Armizan berkata pihaknya juga akan menggerakkan pegawai penguat kuasa KPDN untuk memantau harga barangan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024.

“Kita juga menggalakkan kerjasama orang awam membuat laporan, aduan dan maklum balas mengenai kepatuhan skim khususnya menerusi platform aduan disediakan KPDN, dan mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan skim harga maksimum ini dapat mencapai objektif yang disasarkan,“ katanya.

Beliau seterusnya menyambut baik peruntukan RM700 juta bagi memperbanyakkan saluran program kos sara hidup yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.

Beliau berkata menerusi peruntukan itu, pihaknya antara lain sedang merancang pendekatan baharu seperti program intervensi khas dalam bentuk program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) pada setiap musim perayaan.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut agama Hindu di seluruh negara Khamis hadapan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinhomes Utilizes Vietnam’s Largest Land Bank to Expand Integrated Urban Developments

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Vinhomes (ticker: VHM), Vietnam's leading listed real estate developer, is transforming its extensive land bank, exceeding 295 million square meters as of December 31, 2025, into a pipeline of integrated urban developments that combine residential, commercial, public infrastructure and environmental stewardship within unified masterplans.

LOCUS-T Wins Four Honours at A+M Agency of the Year Awards 2026

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 – LOCUS-T, a leading Malaysian digital marketing agency, has been recognized with four honours at the Advertising + Marketing (A+M) Agency of the Year Awards 2026, reaffirming its position as a trusted digital growth partner for businesses across Malaysia.

Taoyuan Welcomes the World: Taiwan’s Gateway Invites Global Travelers

TAOYUAN, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Visitors strolling through the bustling streets of major Asian hubs-Tokyo, Busan, Hong Kong, Singapore, and Kuala Lumpur-may have recently spotted a familiar face.

SCG calls for a new growth model: Advancing carbon neutrality through competitiveness, energy security...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - At the Nikkei Asia Forum APAC 2026, Mr. Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, shared his vision that the transition toward a low-carbon economy is no longer solely an environmental challenge, but a business strategy to strengthen long-term competitiveness through energy security, innovation, and sustainable growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings