the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa kemalangan hilang ditemukan selamat di Kulim

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KULIM: Mangsa kemalangan yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Batu Puteh-Labu Besar ditemukan selamat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata mangsa, Mohd Solehin Abd Latif, 28, ditemukan pada 8.40 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketika anggota membuat rondaan di lokasi kemalangan pada 8 pagi tadi, seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan ada seorang individu yang hanya berseluar dalam berada di tepi jalan Batu Puteh menghala ke Labu Besar. Berpandukan maklumat berkenaan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus ke lokasi dan mengesahkan lelaki itu adalah mangsa yang dicari,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Mangsa ditemukan dengan sedikit kesan calar pada badan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob sebelum diserahkan kepada keluarganya. Operasi SAR ditamatkan pada 10 pagi tadi.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dan ditemukan terbakar di dalam longkang di bahu jalan pada 5.30 pagi semalam. Dompet, kad pengenalan, dan telefon miliknya ditemukan di tempat kejadian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img