Saturday, November 8, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC turunkan 27,704 kandungan buli siber setakat 1 Oktober

The Sun Webdesk

SEREMBAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan 27,704 kandungan berkaitan buli siber daripada keseluruhan 35,781 aduan yang diterima dari Januari hingga 1 Oktober lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyatakan jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding 8,756 kandungan buli siber yang diturunkan daripada 11,385 aduan sepanjang tahun 2023.

“Hal ini bermakna jumlah kandungan yang diturunkan pada tahun ini hampir 3.2 kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan tahun lepas, dan kita lihat buli siber ini merupakan trend yang merisaukan bukan sahaja semakin meluas, tetapi menjejaskan masyarakat, khususnya pelajar dan golongan muda.

“Statistik ini menekankan betapa pentingnya kita mengambil tindakan proaktif melalui pendidikan digital, kesedaran awam, dan pemantauan berterusan terhadap kandungan dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Internet Selamat peringkat Negeri Sembilan.

Beliau menekankan kepentingan membina daya tahan dalam kalangan generasi muda bagi menghadapi ancaman buli siber melalui pelaksanaan Kempen Internet Selamat.

“Di sebalik manfaat Internet dan media sosial, masyarakat turut berdepan dengan pelbagai cabaran keselamatan digital termasuk buli siber, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, perjudian digital dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 4,511 sekolah di seluruh negara telah melaksanakan Kempen Internet Selamat yang melibatkan lebih 227,000 pelajar, guru dan pihak berkaitan.

Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang berjaya melaksanakan kempen tersebut di semua 479 sekolahnya.

Kempen ini akan diteruskan secara berperingkat di sekolah seluruh negara untuk mendidik pelajar menghadapi cabaran dunia digital.

Teo menyeru semua lapisan masyarakat menjadikan kempen ini sebagai titik permulaan ke arah pembudayaan penggunaan Internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Malaysians embrace AI speed but still crave human connection, Zoom research finds

Malaysians are adopting artificial intelligence (AI) faster than many of their regional peers, valuing speed and efficiency while still insisting on the human touch when things get complex, according to Zoom’s latest AI Natives Research. The study found that 59% of Malaysians prioritise speed in digital interactions, and 63% would abandon a brand if responses were slow or unhelpful. Yet, 83% still prefer to speak to a human agent when situations become emotional, underscoring the need for empathy in the AI era. Zoom describes Malaysia as one of the most “AI-native” markets in Asia-Pacific, with nearly all respondents (98%) already using AI tools at work. As AI adoption grows, Zoom is also expanding its focus to frontline workers, introducing Zoom Workplace for Frontline — a mobile-first, AI-driven platform designed to boost productivity, streamline communication, and empower employees on the ground.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img