Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Menteri Besar Selangor ucap takziah keluarga pelajar perempuan maut ditikam

The Sun Webdesk

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan tingkatan empat yang maut ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Beliau berkata sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak perempuan, beliau tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa dalam menghadapi insiden mengejut itu.

“Saya mengucapkan takziah kepada mereka,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amirudin berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di sekolah di seluruh Selangor dipertingkatkan dengan segera.

Beliau berkata perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera.

“Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita,“ katanya.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah.

Suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah ditahan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tikam itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alamaa and Potter conquer the 10th edition of IRONMAN Langkawi

Estonia’s Siim-Erik Alamaa and Great Britain’s Sally Potter emerged as the fastest male and female finishers at the 10th edition of IRONMAN Malaysia in Langkawi on Saturday, marking a milestone year for one of Asia’s flagship long-distance triathlon events. The landmark race drew 1,888 athletes from 66 nations, who took on either the full-distance IRONMAN Malaysia (3.8 km swim, 180 km bike, 42.2 km run) or the IRONMAN 70.3 Langkawi (1.9 km swim, 90 km bike, 21.1 km run). Under relentless tropical heat, competitors once again proved why Langkawi is known as one of the region’s premier endurance destinations.

Most Viewed

Young Malaysian earns International ‘Fide Master’ Title at just 16 years old

laysia's young chess prodigy Genivan Genkeswaran, 16, achieved victory at the 19th Asian Schools Chess Championships 2025, held in Ulaanbaatar, Mongolia from Oct 24 to Nov 2, 2025. Representing Malaysia in the Under-17 Open category, Genivan clinched 1st place, outperforming participants from 16 countries including Australia, China, Russia, India, Indonesia, Korea, Singapore, and Vietnam.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img