the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Operasi Aerotrain KLIA capai tahap ketersediaan 99.19 peratus

KUALA LUMPUR: Tahap ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara keseluruhan berada pada kadar 99.19 peratus sejak dilancarkan semula pada 1 Julai lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata setakat 8 Oktober lepas, perkhidmatan Aerotrain di KLIA telah membawa seramai 5.33 juta penumpang dan merekodkan jarak perjalanan sejauh 39,942 kilometer.

Beliau menyatakan projek ini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan bagi tempoh dua tahun.

“Buah masa ini, sistem mekanikal dan semboyan bagi Aerotrain sedang melalui fasa penyesuaian awal ke arah mencapai kestabilan penuh dalam operasi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin mengenai punca kegagalan penyelenggaraan Aerotrain KLIA yang menyebabkan kerap berlaku kerosakan serta tindakan segera kerajaan.

Hasbi berkata sebanyak 19 kes gangguan operasi direkodkan antara 2 Julai hingga 30 September lepas.

Menurutnya, selain masalah teknikal, gangguan operasi itu turut berpunca daripada faktor manusia.

Beliau menjelaskan gangguan operasi termasuk tindakan penumpang yang cuba membuka pintu Aerotrain secara paksa.

Menjawab soalan tambahan mengenai mekanisme penalti kepada pengeluar atau penyedia perkhidmatan, Hasbi berkata mereka boleh dikenakan penalti sehingga maksimum RM190,000 sebulan.

Penalti maksimum itu dikenakan sekiranya mereka gagal menyediakan fasiliti pada tahap operasi terbaik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

RMB Capitalworks Launches Hybrid Fund Targeting High-Growth Indian Mid-Market Businesses

MUMBAI, INDIA - EQS Newswire - 4 February 2026 - RMB Capitalworks, a joint venture between RMB (www.RMB.co.za), a leading African corporate and investment bank and Capitalworks, a leading Emerging Markets alternative asset manager, has announced the launch of its innovative hybrid fund aimed at high-growth mid-market businesses in India.
spot_img

Popular Categories