the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Orang ramai diminta waspada cubaan pancing data rampas akaun Telegram

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap cubaan memancing data atau phishing oleh sindiket penipuan yang menggunakan iklan palsu Program Rumah Mesra Rakyat 2025 di media sosial untuk merampas akaun Telegram mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket berkenaan dipercayai mahu merampas akaun Telegram bagi digunakan dalam aktiviti jenayah siber seperti penyamaran, pemerasan dan penipuan dalam talian.

Hasil pemantauan, pihaknya mengenal pasti satu akaun TikTok yang aktif mempromosikan program berkenaan dengan memaparkan pautan dihalakan ke laman web luar negara.

Pautan mencurigakan itu memaparkan pautan yang seterusnya menghala ke domain yang bukan domain rasmi kerajaan Malaysia.

Rusdi berkata laman web palsu itu akan meminta mangsa mengisi butiran peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dan kemudian memasukkan kod OTP yang dihantar ke nombor itu seterusnya menyerahkan kata laluan akaun Telegram.

Beliau berkata walaupun setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung penipuan berkenaan, orang ramai dinasihatkan agar tidak menekan pautan itu atau memberikan sebarang maklumat peribadi kepada laman web tidak rasmi sebagai langkah pencegahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories