the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penemuan rangka manusia: Tiada unsur jenayah – Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penemuan rangka manusia di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, dekat Subang, pada Jumaat lepas, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan polis bersama pakar patologi Hospital Serdang hari ini mendapati rangka berkenaan tiada kecederaan lain.

Beliau berkata hasil laporan patologi mendapati terdapat empat kesan patah pada rangka manusia berkenaan iaitu pada tulang tangan kanan (Humerus), lengan tangan kanan (Ulna), tulang rusuk bahagian kanan dan tulang pinggul (Girdel Pelvis) bahagian kanan.

“Kesan patah pada tulang-tulang berkenaan adalah selari dengan tempat kejadian berdasarkan pada anggaran ketinggian dan juga tempat mangsa itu jatuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa telah tampil berjumpa pegawai penyiasat setelah mendapat tahu berita penemuan rangka manusia itu disiarkan media.

Jumaat lepas, polis menerima laporan penemuan rangka dipercayai lelaki warga Indonesia iaitu pekerja yang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan sistem LRT di substesen Putra Height pada 12.15 tengah hari itu.

Rangka manusia itu dikenali sebagai Riki Mandaguna, berusia 40 tahun dan beralamat di Kota Samarinda, Kisaran, Indonesia dan mangsa berkemungkinan meninggal dunia di antara tiga hingga enam minggu lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings