the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
26.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga rugi lebih RM6 juta terpedaya pelaburan emas tidak wujud

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Seorang wanita mengalami kerugian berjumlah RM6.22 juta, iaitu jumlah tertinggi kerugian akibat scam di Perak setakat ini, setelah mangsa terpedaya dengan skim pelaburan emas tidak wujud sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 61 tahun itu yang merupakan seorang peniaga berasal dari Taman Rasi Jaya di sini melayari blog pelaburan di laman sosial Facebook pada 14 Okt tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya menekan pautan yang tertera nombor telefon suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek telah memasukkan nombor telefon wanita itu ke dalam pelbagai kumpulan WhatsApp bagi tujuan pelaburan dalam pasaran emas.

“Sejak itu, wanita tersebut telah memasukkan dana sebanyak 32 kali ke dalam 11 akaun bank yang berbeza berjumlah RM6.22 juta,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu mula menyedari ditipu apabila mahu mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM2.2 juta semalam namun suspek tidak membalas mesej serta platform pelaburan tidak dapat diakses.

Menurut Mohd Yusri, wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img