Thursday, November 6, 2025
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penjawat awam dilarang sertai perhimpunan ikut arahan KSN

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa penjawat awam tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) berhubung larangan menyertai sebarang perhimpunan awam. Kegagalan mematuhi peraturan boleh mengakibatkan tindakan tatatertib diambil.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penjawat awam mesti mematuhi P.U. (A) 1/2012, P.U. (A) 395/1993, serta arahan kerajaan lain. “Meskipun Perkara 10(1)(a) dan 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan bersuara serta hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, namun hak-hak tersebut adalah tidak bersifat mutlak,“ jelas AGC.

Minggu lalu, KSN Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai himpunan yang dijadualkan di ibu negara. Beliau menegaskan bahawa tindakan itu tidak selaras dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam Rukun Negara.

AGC turut menekankan bahawa pegawai awam terikat dengan Surat Aku Janji di bawah subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012. “Setiap pegawai awam bertanggungjawab mematuhi segala peraturan termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,“ menurut kenyataan itu.

Pegawai awam juga dilarang membuat sebarang kenyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan. – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Wuxi Strikes a Historic Note as UNESCO “City of Music”

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - With its recent inclusion in the UNESCO Creative Cities Network as China's first "World City of Music," Wuxi is stepping confidently into a new chapter where culture, heritage, and innovation harmonize to shape a global cultural profile.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img