Thursday, November 6, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penternak akuakultur dinasihat waspada amaran banjir musim tengkujuh

The Sun Webdesk

SHAH ALAM: Jabatan Perikanan Malaysia menasihati semua penternak akuakultur di seluruh negara supaya sentiasa peka dengan laporan cuaca terkini Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi musim banjir.

Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain berkata semua pihak perlu bersiap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan terutamanya pemain industri di Pantai Timur.

Beliau menasihati penternak akuakultur terutama mereka yang menjalankan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar di sungai atau kolam berisiko banjir supaya merancang aktiviti ternakan dengan memantau keadaan cuaca.

“Hal ini penting untuk mengelak atau mengurangkan kerugian terhadap hasil ternakan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Rasa-Rasa Akuakultur Mega 2025 di sini hari ini.

Adnan menambah ikan yang telah mencapai saiz pasaran elok dijual segera dan tidak perlu disimpan kerana dikhuatiri hanyut bersama-sama sangkar yang pecah atau terlepas dari ikatan.

Beliau turut menyarankan supaya penternak akuakultur menangguhkan proses menambah stok ikan baharu sepanjang musim tengkujuh yang biasanya berlaku antara November sehingga Mac.

Adnan berkata penternak sepatutnya berbuat demikian selepas cuaca stabil bagi mengurangkan risiko kerugian.

Terdahulu, Adnan diiringi Pengarah Jabatan Perikanan Selangor Noraisyah Abu Bakar merasmikan Rasa-Rasa Akuakultur Mega 2025 edisi Selangor.

Program yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan memperluas pasaran hasil akuakultur tempatan bagi menyaingi kemasukan produk luar negara.

Ia juga bertujuan memperkukuh daya saing industri perikanan tempatan melalui promosi dan jelajah perikanan.

Sementara itu, Adnan turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung subsidi dan insentif nelayan berjumlah 178 juta ringgit.

Peruntukan tersebut termasuk subsidi bahan api kepada nelayan di seluruh negara menerusi pembentangan Belanjawan 2026 semalam.

Beliau berkata pengumuman peruntukan sebanyak 20 juta ringgit kepada nelayan di Zon B untuk menaik taraf vesel juga dilihat mampu memberikan kesan positif.

“Dengan insentif hasil tangkapan berjumlah 160 juta ringgit, ia berasas kepada pengeluaran subsidi,” katanya.

Adnan menjelaskan nelayan akan mendaratkan hasil tangkapan dan kerajaan akan memberikan insentif dalam bentuk wang bertujuan meningkatkan lagi aktiviti tangkapan ikan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Slide into the Amazon Holiday Giftorium and Experience the Joy of Gifting

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - This Black Friday, Amazon Singapore is reimagining the traditional shopping experience with an interactive gift discovery space that promises to delight various types of gift-givers.

Flu Wave Hits Southeast Asia, Highlighting Gaps in Protection for the Elderly

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Many countries in Asia are reporting a sharp rise in flu cases. The intensified rainy season is fueling transmission and creating ideal conditions for rapid spread.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img