the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang semalam.

Pengarah berkenaan Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan liar itu telah memasuki perangkap yang dipasang Ahad lepas.

“Tangkapan pada pukul 12 tengah hari itu melibatkan seramai enam anggota Perhilitan Daerah Kuala Krai serta kakitangan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang dan telah menjalankan operasi pemindahan harimau kumbang ke habitat yang lebih sesuai dan selamat.

“Tangkapan harimau kumbang ini meredakan keresahan penduduk kampung terhadap keselamatan mereka. Harimau kumbang ini dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai yang terletak berhampiran kampung itu untuk mencari makanan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata khidmat nasihat dan langkah mitigasi telah diberikan kepada penduduk kampung supaya membersihkan kawasan semak di sekitar kampung dan kebun selain sentiasa berteman semasa ke kebun, memasang lampu di sekeliling luar rumah serta tidak masuk ke kawasan kebun pada waktu malam.

“Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian utama Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings