the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PERKESO buka pusat dialisis keenam, beri manfaat kepada pencarum di utara – Sim

BUTTERWORTH: Pusat dialisis keenam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pertama di wilayah utara telah dibuka di Seberang Jaya di sini bagi memperluaskan perkhidmatan kepada pencarum.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim menyatakan pengoperasian pusat tersebut di pejabat PERKESO Pulau Pinang akan memberi manfaat kepada lebih 15,000 pencarum aktif yang sedang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara khususnya di utara.

“Kapasiti pusat dialisis ini adalah 36 pesakit sehari dengan kemampuan yang boleh ditingkatkan kepada 70 pesakit sehari jika terdapat keperluan dan ia juga strategik kerana berdekatan dengan Hospital Seberang Jaya serta Hospital Bukit Mertajam.”

“Secara keseluruhan, enam pusat dialisis PERKESO mampu memberikan rawatan kepada 400 hingga 500 pesakit setiap hari,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Dialisis PERKESO Cawangan Seberang Jaya.

Antara faktor PERKESO menubuhkan pusat dialisis termasuk untuk melengkapkan ekosistem perkhidmatan dengan memudahkan akses kepada pencarum mendapatkan khidmat dialisis selain daripada 800 pusat dialisis panel swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Ia juga dapat mengurangkan beban kewangan pencarum berikutan kos di pusat dialisis swasta mencecah RM200 setiap kali rawatan atau RM2,800 bagi 14 kali rawatan sebulan sedangkan subsidi PERKESO hanya RM2,100.

“Dengan adanya pusat dialisis PERKESO, pesakit atau pencarum yang datang sini, tidak perlu bayar apa-apa, ia percuma,“ tegas Sim.

Selain Pulau Pinang, PERKESO mengendalikan lima pusat dialisis lain iaitu di Klang, Shah Alam, Kluang, Batu Pahat dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan statistik 2024, PERKESO memperuntukkan RM389.2 juta bagi menampung kos rawatan dialisis pencarum, manakala dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kos berkenaan mencecah RM272.99 juta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings