the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pertemuan dengan Trump jadi medan dialog keamanan, bantuan kemanusiaan ke Gaza – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kelak akan menjadi medan penting bagi memastikan ruang dialog kekal sebagai antara aparat utama dalam menjamin keamanan dan pembukaan laluan bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Gaza.

Beliau berkata pertemuan itu juga akan menjadi ruang untuk suara keadilan dan keamanan dilonjak ke peringkat dan pentas yang tertinggi.

“Ini tentunya bukan penyelesaian muktamad, dan tentunya kita tidak pula mahu sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi ia akan menjadi permulaan yang memungkinkan terhentinya segala bentuk serangan dan ancaman,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menitipkan doa buat pasukan sukarelawan dari Malaysia serta keseluruhan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlayar ke Gaza.

Beliau berkata kerajaan Malaysia kekal mendukung dan sentiasa bersama-sama pasukan misi itu bagi memastikan bantuan kemanusiaan segera disalurkan kepada rakyat Gaza.

“Apa yang utama ialah para perwira selamat sampai ke bumi Gaza kelak, dan dijangka mula memasuki zon merah pada esok hari.

“Ramai sahabat di rantau ini, termasuk Malaysia, Turkiye, Itali dan Sepanyol turut gigih menggembleng tenaga. Hubungan akrab dan langsung yang kita terus kekalkan dengan pelbagai pihak pada peringkat antarabangsa menjadi wahana penting dalam menggerakkan solidariti global,” kata beliau.

Anwar berkata 34 rakyat Malaysia yang kini bersama dengan pasukan itu juga tentunya terpahat dalam catatan sejarah demi menegak keadilan dan membela kemanusiaan.

“Justeru, hari-hari yang mendatang ternyata mencabar. Musuh mungkin menggertak, menyerang. Namun, kekentalan semangat saudara-saudara di lautan inilah yang meleraikan resah dan menyala harapan,” kata Perdana Menteri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

T7 Global strengthens leadership with key appointments

T7 Global Bhd has announced a leadership reshuffle, with Tan Kay Zhuin redesignated as executive director and industry veteran Azman Yakim appointed as the new group CEO. The transition marks the group’s next phase of growth, building on Tan’s contributions in expanding its energy and industrial solutions divisions and Azman’s extensive experience in operational management across the oil and gas value chain.

Man charged for using fake ‘Datuk’ title

A 50-year-old man faces charges for possessing business cards with a fake 'Datuk' title, an offence carrying a potential RM500,000 fine or five years' imprisonment.

Most Viewed

Malaysia registers first genetic pathology specialists

Malaysia's first genetic pathology specialists are registered under the amended Medical Act, a key milestone in healthcare reforms to standardise specialist recognition.
spot_img

Popular Categories