SHAH ALAM: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menekankan kepentingan sikap positif bagi pesakit kanser dalam menghadapi cabaran harian.
Beliau menegaskan bahawa penyakit itu bukan pengakhiran, sebaliknya peluang untuk menguatkan diri.
“Kita perlu sentiasa (berfikiran) positif, jangan (fikir) negatif.
Hargai walau sekecil-kecil perkara.
Kita perlu meraikan harapan yang membara dalam diri dan setiap daripada anda boleh membuktikan kanser bukan penamat,” katanya semasa berucap di Majlis Amal Pertubuhan Prihatin dan Sokongan Kanser Wanita (KAWAN).
Dr Wan Azizah turut menyentuh peranan kerajaan dalam membantu pesakit kanser melalui program seperti Inisiatif Peka B40 dan Skim MySalam.
Bantuan ini merangkumi insentif kewangan, alat perubatan, serta tambang pengangkutan untuk meringankan beban pesakit.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa perkhidmatan saringan awal kanser dengan bayaran minima turut ditawarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan fasiliti kesihatan lain di seluruh negara.
Majlis tersebut dihadiri 330 individu, termasuk 126 pesakit kanser pelbagai latar belakang.
Ketibaan Dr Wan Azizah disambut oleh Pengerusi KAWAN Dorizima Md Yusof. – Bernama