the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PLKN 3.0 direka bagi penuhi keperluan unik negara kita – Mohamed Khaled

PUTRAJAYA: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 yang bakal dilaksanakan secara berperingkat bulan depan direka untuk mengimbangi keperluan pertahanan dan perpaduan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata berbeza dengan negara lain yang melaksanakan program seumpama itu untuk memenuhi keperluan cabaran pertahanan disebabkan ancaman nyata, Malaysia mengadakan PLKN bagi memupuk perpaduan dalam masyarakatnya yang majmuk.

“Kita harus faham bahawa kita jangan jadikan asas acuan (PLKN berdasarkan) khidmat negara di negara lain. Sesetengah negara ada program ini kerana ada ancaman contohnya di Korea Selatan dan Korea Utara.

“Kita tidak ada ancaman sebegitu tetapi kita ada cabaran dari segi kita nak pupuk negara yang masyarakatnya majmuk, jadi kita ikut cara kita,“ katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan terhadap model baharu PLKN yang tidak sepenuhnya berasaskan ketenteraan.

Mohamed Khaled berkata PLKN 3.0 menekankan pembangunan disiplin, kepimpinan dan kefahaman sejarah negara dalam kalangan pelatih.

Beliau berkata pelaksanaan PLKN juga adalah antara pendekatan bagi mencapai pertahanan menyeluruh yang melibatkan sumbangan rakyat dalam memastikan negara kekal aman.

“Rakyat perlu menyumbang kepada keadaan negara di mana rakyatnya dapat hidup dalam keadaan menghormati antara satu sama lain,“ katanya.

Mohamed Khaled juga berkata beliau percaya unsur buli tidak akan berlaku dalam pelaksanaan PLKN 3.0.

“Saya percaya kerana mereka tidak akan ada bersama (untuk tempoh yang lama), tidak sama seperti kadet yang belajar dalam universiti.

“Jadi, kemungkinan soal-soal seperti buli dan dera tidak akan berlaku,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings