the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar tarik pelabur Australia dan ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

MELBOURNE: Dalam usaha menarik kalangan pelabur dan perniagaan Australia dan Asean untuk mempertimbangkan Malaysia secara serius bagi melabur, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sejajar misi meraih perhatian pelabur dan perniagaan Australia serta Asean di acara Persidangan Invest Asean di sini pada Khamis, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah kepimpinan beliau, Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh.

“Menerusi kestabilan politik ini, kita memberi tumpuan terhadap tadbir urus yang baik. Selain itu, wujud kejelasan dasar iaitu perancangan serta keutamaan yang lebih jelas,” kata beliau di hadapan barisan hadirin antarabangsa yang menghadiri acara berkenaan.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Australia pada 4-7 Mac ini atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Anthony Albanese.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menyedari dalam usaha memacu ekonomi, apa yang penting adalah menyegerakan serta mempercepat kadar keutamaan, sebagai contoh, dalam aspek transformasi digital.

“Kita komited untuk mengambil apa juga langkah wajar bagi memastikan ini dapat direalisasikan,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa peranan kerajaan tidak hanya sebagai menyediakan kemudahan berkaitan, tetapi juga melibatkan aspek mempercepat proses serta berupaya mengenal pasti soal keutamaan.

“Bagi saya, isu dengan kerajaan ialah adakalanya kita (menganggap) seperti tahu semua perkara.

“Atas alasan inilah, saya katakan kepada rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bahawa walaupun kita telah menggariskan kejelasan dasar ini dari segi peralihan tenaga, kita juga perlu memikirkan mengenai masa depan,“ kata beliau.

Menjawab pertanyaan mengenai dana kekayaan negara, Anwar menjelaskan walaupun dana-dana itu secara teknikalnya di bawah kawalan kerajaan, aspek seperti keputusan perniagaan yang diambil oleh Khazanah Nasional dan Petronas yang dipengerusikan beliau, adalah semata-mata berasaskan matlamat perniagaan.

“Biarpun secara teknikalnya saya mempengerusikannya, saya telah menyatakan dengan jelas. Keputusan itu, keputusan perniagaan adalah berdasarkan garis panduan dasar.

“Keputusan perniagaan mesti dibuat oleh mereka dalam bidang itu, kalangan pakar,” kata beliau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img