the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM galakkan Jepun dan Qatar terokai pelaburan di Kelantan

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menggalakkan Jepun dan Qatar untuk menerokai pelaburan di Kelantan.

Anwar berkata sebagai pemimpin utama negara, beliau akan sentiasa berusaha sedaya upaya membantu membangunkan semua negeri di Malaysia.

“Walaupun saya tidak pernah mendapat mandat daripada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi saya anggap ini tanggungjawab saya untuk sedaya upaya bantu rakyat… semasa lawatan saya ke Jepun dan Qatar sebelum ini, saya cadangkan kepada pemimpin negara terbabit supaya turut memilih Kelantan sebagai lokasi pelaburan selain negeri lain,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong di sini malam Khamis (Mei 2) yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perdana Menteri juga berharap kerajaan negeri memudahkan proses perolehan tanah supaya industri pertanian dapat dikembangkan dalam skala besar di Kelantan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings