the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari pelancong China yang hilang di KLCC sejak Ahad

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas di Medan Selera Suria KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Xu Baolin, 84 tahun pada 11.42 pagi Isnin lepas.

Beliau berkata Xu dengan ketinggian 159 sentimeter, kali terakhir dilihat berpakaian t-shirt putih dan berseluar panjang berwarna gelap, dan warga emas itu mempunyai masalah pendengaran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas itu diminta menghubungi Balai Polis Dang Wangi dengan menelefon 03-26002264 atau hubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulizmie berkata warga China itu dikatakan pergi ke medan selera di pusat beli-belah berkenaan bersama empat orang ahli keluarga yang lain sebelum ini dan dia dijadualkan pulang ke negara asal pada 17 Dis ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings