the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis giat kesan dua wanita tular curi “parcel”

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan dua suspek wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri bungkusan (parcel) di kawasan taman perumahan di Seri Alam, Masai di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya telah mengesan video berdurasi satu minit 31 saat yang dimuat naik melalui laman Facebook “Kaki Bisness Viral” memaparkan seorang individu menahan dua wanita yang tidak diketahui bangsanya mencuri parcel di kawasan taman perumahan berkenaan pada 3.49 petang.

“Satu laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 44 tahun berhubung kejadian itu dan polis sedang giat mengesan syarikat penghantaran, pemilik parcel dan suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah Mohd Sohaimi kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohamad Haikal Kamarulzaman di talian 018-9584479 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img