the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025

PUTRAJAYA: Sebanyak 36 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, menerusi Op Ambang Tahun Baharu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Putrajaya ASP Khairulrahman Rahmat, berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.

Beliau berkata sekatan jalan raya dilaksanakan selepas sambutan ambang tahun baharu bagi mengelak berlaku kesesakan trafik dan tumpuan sebaliknya diberikan kepada kawalan keselamatan di sekitar lokasi sambutan di Presint 3.

“Motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen, nombor pendaftaran fancy dan tidak pamer pelekat ‘P’ merupakan kesalahan utama dikesan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebanyak 85 kenderaan kebanyakannya motosikal dan 97 individu diperiksa sepanjang operasi itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories