the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tubuh pasukan khas siasat kes samun Akhyar Rashid

KUALA TERENGGANU: Polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes samun pemain bola sepak Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek kejadian itu yang dipercayai lebih daripada dua orang.

“Polis juga telah membuat pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit, dua saksi juga dipanggil membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun Azli berkata setakat ini belum ada maklumat yang dapat membantu mengesan suspek.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan menularkannya di media sosial bagi mengelak menganggu siasatan.

Akhyar dilaporkan cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun pada Khamis lepas.

Sementara itu bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik Ketua Polis Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang akan bertukar ke NADMA.

Mohd Khairi berkata beliau bertekad untuk mengekalkan keamanan dan memastikan kadar indeks jenayah yang rendah di Terengganu selain memperkukuh kerjasama serta jaringan hubungan dengan masyarakat.

“Saya juga akan menggunakan pengalaman ketika di NADMA untuk menguruskan bencana banjir di Terengganu,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings