the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
29 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Presiden Colombia cadang ibu pejabat PBB pindah dari New York

BOGOTA: Presiden Colombia Gustavo Petro menyatakan New York mungkin tidak lagi sesuai menjadi tuan rumah ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Amerika Syarikat membatalkan visanya.

Beliau berkata keputusan Amerika Syarikat itu telah melanggar prinsip kekebalan yang menjadi asas kepada PBB.

Petro menyertai demonstrasi pro-Palestin di luar ibu pejabat PBB di New York pada Jumaat sambil menggesa askar Amerika Syarikat agar tidak menghalakan senjata terhadap kemanusiaan.

“Ingkari arahan Trump! Patuhilah arahan kemanusiaan!” katanya semasa protes tersebut.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan pembatalan visa Petro sebagai tindak balas terhadap apa yang mereka sebut sebagai tindakan melulu dan menghasut.

Presiden Colombia mengesahkan di media sosial pada Sabtu bahawa beliau tidak lagi memiliki visa Amerika Syarikat.

“Saya tidak peduli,” tulis Petro di platform X mengenai pembatalan visa itu.

Beliau menegaskan bahawa presiden yang menghadiri Perhimpunan Agung PBB sepatutnya mempunyai kekebalan penuh.

Petro juga mengkritik Washington kerana menghalang wakil Palestin daripada menghadiri Perhimpunan Agung PBB.

Beliau sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza.

“Menafikan kemasukan kepada Pihak Berkuasa Palestin dan membatalkan visa saya kerana meminta tentera AS dan Israel agar tidak menyokong genosid membuktikan kerajaan AS tidak lagi mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya.

Presiden Colombia itu menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempertimbangkan semula sokongan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza.

Petro menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan mencapai keagungan dengan membunuh bayi yang tidak berdaya. – Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Asian Smart Medical Online Exhibition 2026: Connecting smart medical suppliers with global buyers

The Asian Smart Medical Online Exhibition 2026 (Medical Asia 2026) is a premier hybrid exhibition designed to seamlessly connect Asian medical suppliers, importers, and exporters with buyers from around the world.

Vantage Data Centers appoints Fitri Abdullah as country managing director to accelerate growth in Malaysia

Vantage Data Centers has named Fitri Abdullah as country managing director for Malaysia to oversee growth initiatives and support the expansion of hyperscale data center campuses across Kuala Lumpur and Johor.
spot_img

Popular Categories