the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian Umno – Mohamed Khaled

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JOHOR BAHRU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda Umno Bahagian Tapah dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.

Beliau berkata pihaknya tidak mendengar sebarang isu berkaitan pergeseran itu, malah semua sayap parti sedang menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Tapah.

“Saya berada di sana (DUN Ayer Kuning), dan saya tidak dengar langsung isu boikot seperti yang didakwa. Ia sengaja dibangkitkan untuk memecahbelahkan keharmonian dalam parti. Semasa hari penamaan calon, saya lihat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno semuanya hadir dan tiada sebarang masalah,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan berhubung pergeseran dalaman itu.

Sementara itu, Ketua Sekretariat War Room Umno Pusat Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilihan Dr Mohamad Yusri oleh kepimpinan parti adalah tepat kerana beliau merupakan calon terbaik untuk mewakili masyarakat di DUN berkenaan.

Justeru, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memohon pengundi agar memilih calon yang mampu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membawa suara rakyat di kawasan tersebut.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img