the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes mengulas mengenai pergelutan ringgit baru-baru ini dan katanya kebimbangan sebelum pilihan raya telah mengakibatkan pelabur resah.

“Pilihan raya AS yang akan datang kekal sebagai faktor risiko utama, dengan keputusan pilihan raya yang tidak boleh dijangka, mencetuskan potensi yang tidak menentu di pasaran tukaran asing,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata data ekonomi AS baru-baru ini dijangka menambah tekanan terhadap ringgit hari ini, terutama memandangkan jangkaan kepada penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Perubahan ini menyusuli keluaran data inflasi AS yang kukuh, menunjukkan daya tahan yang lebih besar berbanding jangkaan.

Menurut laporan, kadar inflasi AS berada pada 2.1 peratus pada September, paras terendah sejak awal 2021 dan melebihi sasaran 2 peratus Fed.

“Faktor yang tidak dapat dijangka hari ini adalah laporan senarai gaji bukan ladang (NFP).

“Memandangkan mogok pekerja baru-baru ini dan gangguan berkaitan taufan, NFP mungkin berprestasi rendah, yang seterusnya boleh menurunkan dolar AS,“ katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pagi ini.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6422/6487 daripada 5.6877/6942 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 2.8786/8821 daripada 2.8591/8625, dan rendah berbanding euro kepada 4.7619/7673 daripada 4.7430/7485 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.1 daripada 278.5/279.0 semasa ditutup pada Rabu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3150/3193 daripada 3.3080/3120 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.51/7.52 sebelum ini.

Bagaimanapun mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9300/12.9539 daripada 12.9837/13.0047.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings