Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

RM11.3 bilion pelaburan diluluskan di bawah kerajaan MADANI

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan di bawah pentadbiran kerajaan MADANI, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau menyatakan bahawa jumlah tersebut melibatkan 11 pengilang yang telah memulakan operasi di pelbagai negeri di Malaysia. “Ini baru sebahagian daripada syarikat yang sudah memulakan operasi. Kalau dicampur dengan kilang yang sedang dibina, lagilah banyak,“ katanya dalam satu video yang dikongsi di media sosial.

Antara syarikat yang telah melabur termasuk INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang dengan nilai RM3.2 bilion, Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Kedah (RM1.5 bilion), serta Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di Selangor (RM1.4 bilion).

Turut disenaraikan Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang (RM921 juta). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KPMG successfully concludes Digital Assets Forum: Policy, Market Dynamics and Institutional Adoption

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 November 2025 - KPMG is pleased to announce the successful conclusion of the Digital Assets Forum: Policy, Market Dynamics and Institutional Adoption, held on 31 October 2025.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img