the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rotavirus disyaki punca 16 kes muntah, cirit-birit, demam selepas kunjungi taman rekreasi

KUANTAN: Jangkitan Rotavirus disyaki menjadi punca 16 individu termasuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam setelah mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang, Maran pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada seorang daripada kanak-kanak berkenaan turut mengalami gejala sama.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran pada Khamis lepas, telah menerima satu notifikasi wabak Acute Gastroenteritis (AGE) dalam kalangan kanak-kanak dengan gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam setelah mengunjungi taman rekreasi berkenaan.

“Hasil ujian makmal mendapati penyebab wabak ini adalah jangkitan Rotavirus manakala hasil ujian makmal bagi pengesahan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) adalah negatif.

“Kesemua kanak-kanak terlibat stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka manakala wanita yang merupakan ibu kepada seorang daripada kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rusdi, Rotavirus berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi dan sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak pengurusan taman rekreasi berkenaan menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“JKN Pahang ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi etika kebersihan dengan melupuskan lampin pakai buang bayi dengan cara yang selamat serta tidak membuang sampah merata-rata ketika mengunjungi mana-mana taman rekreasi.

“Jabatan ini akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings