the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Pekerja Gig 2025 hadiah untuk seluruh pekerja industri gig – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat sebagai hadiah kepada golongan muda serta seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor berkenaan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata RUU berkenaan memberi takrifan yang lebih jelas kepada profesion industri gig, termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang jelas.

Anwar berkata walaupun terdapat pihak yang curiga dan mendakwa kerajaan lambat dalam hal berkaitan penggubalan itu, namun hakikatnya ia dilaksanakan dengan cermat dan berhati-hati, kerana RUU tersebut mengesankan hidup jutaan rakyat.

“Justeru, bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah, dan kalian punyai sumbangan yang besar kepada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara,“ kata beliau.

Menerusi rakaman video yang disertakan dalam hantaran sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata RUU itu merupakan kemenangan bagi pekerja gig, sesuai dengan semangat kemerdekaan iaitu membebaskan mereka dari tekanan.

Beliau menekankan bahawa kerajaan mendengar serta menyantuni tuntutan pekerja gig seperti dijanjikan walaupun mengambil masa kerana proses perundangan begitu rumit.

“Ada juga bangkangan tetapi saya bersyukur kerana soal nasib pekerja gig, e-hailing, penghantar makanan, platform digital itu bukan sahaja dapat ditangani tetapi disantuni dan beberapa perkara dibangkitkan cuba diselesaikan,“ ujarnya.

Anwar menyatakan bahawa sebahagian pihak memutarbelit dan membangkitkan seolah-olah ini tidak menguntungkan tetapi percayalah, melalui RUU Pekerja Gig 2025 dengan keselamatan sosial, cuti, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial dan perlindungan insurans, ini belum pernah difikirkan oleh mereka yang curiga dan menentang.

RUU Pekerja Gig 2025 memberikan jaminan kestabilan pendapatan, maruah dan pengiktirafan dan akhirnya jaminan keselesaan saudara-saudara yang terlibat dalam pekerjaan ini dan keluarga.

Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan kementerian itu serta rakan-rakan daripada parti kerajaan yang menyokong dan melaksanakan cita-cita rakyat khususnya pekerja gig.

RUU itu memperuntukkan garis panduan khusus bagi melindungi pekerja gig, di samping menyeimbangkan kepentingan syarikat penyedia platform digital.

Ia juga menetapkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia sebagai badan kawal selia bebas untuk memastikan undang-undang ini dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings