Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sabah FC buru kemenangan sulung Liga Super lawan Melaka FC hari ini

The Sun Webdesk

KOTA KINABALU: Sabah FC bertekad memburu kemenangan sulung Liga Super apabila melayan kunjungan Melaka FC di Stadium Likas di sini, hari ini.

Ketua jurulatih Jean-Paul de Marigny berkata persiapan rapi dilakukan dengan memberi penekanan kepada ketajaman penyudah selepas hanya meraih dua keputusan seri setakat ini.

“Dari segi mental dan fizikal, pemain berada pada tahap terbaik,” katanya dalam kenyataan malam ini.

De Marigny menambah latihan minggu ini lebih tertumpu kepada ketepatan hantaran serta larian ke ruang untuk memperkemaskan serangan.

Setakat ini, Sabah FC mengutip dua mata hasil seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC dan 0-0 menentang Kelantan The Red Warriors, sekali gus berada di tangga kesembilan liga.

De Marigny memuji komitmen barisan pertahanan yang konsisten, namun menegaskan aspek penyudah perlu dipertajamkan bagi memastikan setiap peluang yang terhidang dapat disempurnakan.

“Pertahanan kita beraksi baik musim ini, tetapi kami perlu lebih klinikal di hadapan gol,” katanya.

Beliau menekankan keyakinan dan penyudah tajam akan jadi kunci kemenangan untuk pasukannya.

De Marigny turut merakamkan penghargaan kepada penyokong The Rhinos yang sentiasa memberi sokongan, menyifatkan kehadiran mereka sebagai suntikan semangat buat pasukan.

“Sokongan padu penyokong di Stadium Likas amat kami hargai,“ katanya.

Beliau menegaskan ia menjadi tanggungjawab pasukan untuk membalas kepercayaan penyokong dengan aksi terbaik di padang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Wuxi Strikes a Historic Note as UNESCO “City of Music”

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - With its recent inclusion in the UNESCO Creative Cities Network as China's first "World City of Music," Wuxi is stepping confidently into a new chapter where culture, heritage, and innovation harmonize to shape a global cultural profile.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img