the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui – Abang Johari

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia, Airbus.

Sehubungan itu, kerajaan negeri dan Airbus telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasil lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat Airbus dan ATR, pengeluar pesawat turboprop di Toulouse, Perancis pada Isnin lepas telah membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik.

“Penubuhan Pasukan Bersama Sarawak-Airbus itu bertujuan untuk mewujudkan gabungan tenaga kepakaran dalam industri melalui kerjasama dan perbincangan yang komprehensif antara pakar-pakar terlibat untuk merangka pelan berkenaan.

“Usaha ini dijangka dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan industri penerbangan sekali gus membuka peluang baharu bagi kemajuan sektor ini di peringkat antarabangsa,“ katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

Abang Johari berkata penubuhan pasukan bersama itu merupakan antara enam bidang utama kerjasama strategik dipersetujui untuk diteroka bersama kerajaan negeri dan Airbus.

Selain itu, Airbus akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk membangunkan satu kawasan seluas 100 ekar (40.5 hektar) di negeri itu sebagai tapak Aerotropolis, ia akan menjadi hab bersepadu untuk menyokong ekosistem industri penerbangan.

Beliau berkata kedua-dua pihak turut bersetuju untuk meneroka bidang penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang sedang giat dibangunkan di Sarawak.

Airbus akan berganding dengan institusi tempatan Sarawak seperti Kolej Universiti ICATS bagi membangunkan program latihan serta silibus berkaitan aeroangkasa dalam usaha melahirkan modal insan untuk industri aeroangkasa, katanya.

Dalam pembangunan ekosistem industri sokongan aeroangkasa pula, beliau berkata Airbus akan membantu Sarawak untuk meneroka potensi pembuatan bahan komposit dan kulit sintetik berasaskan gas, selain teknologi avionik serta instrumen berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata kerjasama dipersetujui turut melibatkan pembangunan sistem pendigitalan perjalanan dan perkhidmatan penerbangan yang bakal mengintegrasikan semua urusan perjalanan dalam satu pakej digital.

“”Ini bagi menyepadukan urusan perjalanan daripada tempahan tiket penerbangan, penggunaan sistem pengangkutan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Kuching hingga ke penginapan dalam satu pakej digital yang lancar,“ katanya lagi.

ART Kuching adalah sebahagian daripada fasa pertama pelan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings