CAMERON HIGHLANDS: Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kg Raja, Blue Valley di sini ditemukan pada 12.05 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 10 meter dari lokasi asal rumah sebelum runtuhan.

“Mayat kini dalam proses dikeluarkan dari kawasan runtuhan,“ katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di sini hari ini.

Terdahulu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah dihuni mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi tadi.

Lima mangsa terlibat dikenali sebagai Shing Lan Har, 56, Shing Aung, 39, Om Myue, 38, Haphey, 36, dan Thang Moung, 25. -Bernama