Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Segamat dilanda gempa bumi ketiga dalam beberapa hari, magnitud 2.5

SEGAMAT: Daerah ini sekali lagi dilanda gempa bumi lemah malam ini, menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari di kawasan berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi bermagnitud 2.5 pada skala Ritcher itu, berlaku pada jam 7.56 malam dengan pusat gempa dikesan pada kedudukan 2.6 darjah utara dan 102.8 darjah timur.

Pusat gempa terletak kira-kira 13 kilometer utara dari Segamat, Johor pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran turut dirasai di Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook malam ini.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran berkenaan supaya mengisi borang soal selidik, bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan data terperinci berhubung kejadian berkenaan di pautan https://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7.

Sejak beberapa hari lepas, dua kejadian gempa bumi lemah turut dilaporkan di daerah ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk walaupun tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.

Semalam, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku di Segamat pada 8.59 pagi, dengan gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor dan selatan Pahang.

Pada 24 Ogos, MetMalaysia mengesahkan dua kejadian gempa bumi lemah, masing-masing berukuran 4.1 pada skala Richter di Segamat pada 6.13 pagi dan magnitud 2.8 di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang pada 9 pagi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Toyota Tacoma H2-Overlander Concept turns water into adventure

Toyota took centre stage at this year’s SEMA Show with a concept that pushes off-road innovation into new territory — the Tacoma H2-Overlander, a hydrogen-powered pickup designed not only to drive emissions-free but to literally make and reuse water as it goes. The concept sits under Toyota’s “Powered by Possibility” theme, a showcase of experimental builds aimed at demonstrating how future vehicles could combine clean energy with real-world versatility. At its core, the Tacoma H2-Overlander begins life as a standard Tacoma pickup, but instead of the usual petrol engine, it’s fitted with the second-generation hydrogen fuel cell system lifted from the Toyota Mirai sedan.
spot_img

Popular Categories