the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Selangor komited perkasa agenda perumahan mampu milik rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor yakin agenda memperkasakan perumahan mampu milik dapat direalisasikan hasil kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata komitmen terhadap agenda perumahan rakyat diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif termasuk Rumah Idaman Selangor yang menawarkan kediaman berkualiti serta lengkap dengan perabot asas pada harga mampu milik.

Beliau berkata inisiatif Smart Rent turut diperkenalkan untuk membantu golongan muda menyewa sebelum mampu memiliki rumah sendiri selain Dana-Sel bagi meringankan beban deposit pembelian rumah.

Projek Rumah Harapan dan Rumah Mampu Milik terus diperkasakan demi memastikan lebih ramai rakyat Selangor mampu memiliki kediaman selesa.

Amirudin berkata laporan status projek sedia ada telah dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.

Mesyuarat itu menjadi platform penting membincangkan isu utama berkaitan penyediaan, perancangan dan penyelarasan dasar perumahan mampu milik di seluruh negara.

Mesyuarat itu juga menjadi landasan dalam menggariskan langkah baharu bagi memperkukuh dasar perumahan selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, agenda perumahan mampu milik dapat diperkasakan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat di Selangor dan seluruh Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories