the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dan Persekutuan mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang khusus berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata cadangan tersebut adalah hasil siasatan SPRM berkaitan REE yang mendapati tiada SOP khusus bagi pengeluaran mineral dalam tanah, yang mungkin boleh membawa kepada penyelewengan dan perlombongan haram.

“Saya ambil contoh mengenai pengeluaran bauksit. Dahulu, bauksit tidak mempunyai SOP, kemudian barulah ada SOP khas untuk pengeluaran lesen perlombongan tersebut.

“SOP ini penting kerana, jika tiada, sesiapa sahaja boleh melombong tanpa kebenaran, yang akhirnya akan membawa kepada perbuatan mencuri, salah guna, dan sebagainya.

“Jadi, perlu ada SOP yang jelas dan mungkin melibatkan penilaian impak alam sekitar (EIA). Ini penting kerana mungkin esok kita akan menemui mineral baharu selain emas, bijih timah, bauksit, dan lain-lain,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Mengulas mengenai peranan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mewujudkan SOP REE ini, Azam berkata kementerian mempunyai kelulusan tersendiri manakala Kerajaan Negeri mempunyai hak pemilikan terhadap mineral tersebut.

“Namun, dalam pengeluaran nadir bumi, perkara seperti percukaian, Kastam, dan hal-hal berkaitan perlu dibincangkan bersama,“ katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Azam mendedahkan bahawa kelemahan dalam pemantauan serta ketiadaan SOP berkaitan penguatkuasaan berhubung REE adalah punca berlakunya penyelewengan hasil nadir bumi, seperti yang berlaku pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, Azam menekankan kepentingan bagi setiap organisasi untuk mengkaji dan menambah baik amalan, sistem, dan prosedur sedia ada bagi menutup ruang kepada gejala rasuah.

Pada majlis tersebut, Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Kedah diumumkan sebagai penerima anugerah APTA pada tahun ini.

APTA merupakan penghargaan khas kepada agensi awam dan swasta yang telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam melaksanakan kesemua syor penambahbaikan tatakelola oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) dan Unit Penyiasatan Tatakelola (UPT) SPRM Negeri selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings