the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu adakan latihan simulasi hadapi bencana banjir

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

MARANG: Kerajaan Terengganu telah menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku bermula bulan ini hingga Mac depan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya juga sentiasa berhubung rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mengetahui kedudukan cuaca negara khususnya di Terengganu.

“Kalau ikut ramalan MetMalaysia, MTL mula Sabtu lepas dengan hujan lebat. Alhamdulillah ia tidak berlaku, bagaimanapun kita sentiasa berwaspada dengan sebarang pemakluman yang dikeluarkan sebagai langkah persediaan.

“Apa-apa pun kita dah buat ‘dru run’ di peringkat bawah untuk bagaimana menangani banjir. Insya-Allah kita bersedia, tapi sama-samalah kita berdoa agar tidak menghadapi banjir yang teruk kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang sesi 2023-2025 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelbagai agensi baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri dalam memastikan pengurusan bencana berjalan lancar.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada 6 Nov lepas menjangkakan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia bermula pada Sabtu (11 Nov) lepas dan berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img