the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kompromi aspek keselamatan dalam pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa – Saifuddin

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sesekali berkompromi mengenai aspek keselamatan dalam melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa (PLV), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun Malaysia mahu pelancong dari luar negara datang ke negara ini, namun kerajaan turut mengambil langkah ketat kemasukan mereka, termasuk mewajibkan mereka mengisi Malaysia Digital Arrival Card supaya maklumat pengembara diketahui dengan lebih jelas.

“Kita akan ketatkan kawalan pintu masuk. Kita juga mengenal pasti 224 lokasi hotspot warga asing,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang mahu tahu apakah jaminan pelaksanaan PLV tidak menggugat keselamatan rakyat dan negara, sedangkan peningkatan pekerja asing tanpa dokumen telah mencecah enam juta pada 2022 (Kajian KRI oleh Nixon) termasuklah mereka yang menyalahguna kemudahan itu untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

Saifuddin Nasution berkata sejak 1 Jan lepas sehingga kini 7,975 operasi dilaksanakan dengan 76,477 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu 20,207 daripadanya yang didapati tidak mempunyai dokumen sah, dihantar pulang ke negara asal.

“Depot tahanan (Imigresen) kita ada 19 tetapi kapasiti sekarang ada 13,000 (jumlah yang ditahan)…jadi bermaksud under capacity walaupun kita tangkap ini lebih 20,000 kita hantar balik dengan kerjasama kedutaan. Kita juga tahan majikan, mereka tak akan masuk kalau majikan tak menggajikan mereka.

“Majikan menggajikan mengikut undang-undang tak ada masalah, tapi (yang) bawa masuk curi-curi tanpa dokumen, (adalah sebanyak) 465 majikan juga kita tahan,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai peningkatan kemasukan pelancong asing susulan pelaksanaan PLV, Saifuddin Nasution berkata Jabatan Imigresen setakat 15 Jun lepas merekodkan kemasukan seramai 950,000 pelancong dari China dan 443,000 dari India.

Melalui PLV, warganegara China dan India diberi kemudahan pengecualian visa bagi tempoh 30 hari hingga 31 Dis tahun ini.

Saifuddin Nasution berkata PLV bertujuan menjana hasil pendapatan negara dan akan dilaksanakan dengan penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada yang telah dinikmati pengembara ke Malaysia, termasuk dari Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Asia Barat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Most Viewed

spot_img