the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah buat Tang Jie-Ee Wei juarai Badminton Dunia 2025

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie–Toh Ee Wei atas kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kemenangan bergaya 21-15, 21-14 ke atas Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China itu adalah hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada wira dan wirawati negara kita. Semangat juang serta disiplin mereka menjadi bukti bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia,” katanya.

Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran pada kejohanan itu hanyalah di peringkat separuh akhir menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.

Ahmad Zahid berkata detik kemenangan itu turut menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang menyaksikannya secara langsung sehingga ramai mengakui menitiskan air mata pada saat mata kemenangan terakhir diraih.

“Inilah semangat Merdeka yang sebenar! Bersatu hati tanpa mengira bangsa dan agama, bersatu terus mengharumkan nama negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berdiri teguh menyokong dan mendoakan kejayaan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah yang sedang bersaing pada aksi final pada kejohanan yang sama. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Polis tidak pernah henti siasatan kes kehilangan Amri, Pastor Koh

Menteri Dalam Negeri menegaskan siasatan kes kehilangan Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh masih berjalan, sambil mengesahkan rayuan terhadap ganti rugi bernilai jutaan ringgit sedang diproses.

Most Viewed

SCG Partners with Rondo Energy To Launch ‘Southeast Asia’s First Industrial Heat Battery’, Unlocking 24-Hour Clean Energy Storage for Industry

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire – 2 December 2025 - SCG, through its subsidiary SCG Cleanergy, has joined hands with Rondo Energy, a leading U.S. developer of industrial heat battery technology, to launch Southeast Asia's first industrial heat battery at SCG's cement plant in Saraburi Province.
spot_img

Popular Categories