the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
20.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

TPM zahir takziah keluarga lima pelajar IKM maut nahas Tuaran

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu yang maut dalam nahas di Jalan Sulaman Gayang berhampiran Pusat Latihan Rela di Tuaran, Sabah hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata setiausaha politiknya Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah bertemu keluarga mangsa bagi mewakili beliau untuk menyampaikan salam takziah serta sumbangan segera bagi meringankan beban yang dirasai ketika ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Yakubah Khan dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO.

Beliau menyatakan kesedihan dan kedukaan apabila menerima khabar tentang kemalangan tragis di Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah yang telah meragut nyawa lima penuntut IKM Kota Kinabalu petang tadi.

Ahmad Zahid berdoa semoga keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini menerusi hantaran di aplikasi X malam ini.

Lima pelajar lelaki disahkan maut selepas kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler pada 2.09 petang.

Kelima-lima mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories