the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Trump tandatangan perintah eksekutif galak eksport dron AS, longgarkan sekatan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi melonggarkan sekatan terhadap penggunaan dron buatan Amerika dan menggalakkan eksportnya, ketika negara itu berdepan persaingan sengit daripada China.

Perintah itu yang ditandatangani pada Jumaat, mengarahkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mempercepatkan peraturan baharu bagi membenarkan dron digunakan melepasi jarak penglihatan pengendali untuk tujuan komersial dan keselamatan awam.

Ia turut mengarahkan FAA menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepatkan proses semakan bagi pengecualian penggunaan dron.

Menurut Rumah Putih, langkah ini bertujuan menyokong industri dron AS dengan mempromosikan eksport dan melindungi teknologi utama daripada pengaruh serta eksploitasi asing.

Perintah mengenai dron merupakan satu daripada empat perintah eksekutif yang ditandatangani Trump pada hari sama.

Satu lagi perintah eksekutif menamatkan larangan berdekad-dekad lamanya terhadap penerbangan pesawat supersonik merentasi daratan.

Ia mengarahkan pembangunan piawaian pensijilan baharu terhadap bunyi bising, bagi membantu syarikat AS kembali mendahului dalam teknologi penerbangan supersonik.

Rumah Putih menyatakan perintah itu akan menyelaras penyelidikan dan ujian melalui Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan yang diketuai Pejabat Dasar Sains dan Teknologi.

Dua lagi perintah eksekutif pula memberi tumpuan kepada pengukuhan keselamatan siber AS dan perlindungan ruang udara negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories