the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita Orang Asli maut dilanggar lori terbabas di Simpang Pulai

IPOH: Seorang wanita Orang Asli maut selepas dilanggar sebuah lori bonded atau tertutup yang terbabas di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat Kampung Pos Slim petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 57 kilometer.

“Sebuah lori bonded terbabas dan melanggar sebuah gerai menyebabkan mangsa berusia 54 tahun terperosok di bawah lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shazlean berkata seorang lagi wanita Orang Asli berusia 26 tahun cedera pada muka dan kaki manakala pemandu lori berumur 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata operasi tamat pada 5.30 petang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories