the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wartawan veteran James Ritchie selamat disemadikan hari ini

KUCHING: Jasad wartawan veteran Sarawak James Alexander Ritchie yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas selamat disemadikan dalam upacara pembakaran tertutup di Nirvana Memorial Park di Siniawan di sini hari ini.

Sebelum upacara persemadian itu, upacara sembahyang untuk mendiang diadakan di Gereja St Thomas di sini yang dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, rakan karib dan wartawan yang pernah bekerja bersama mendiang.

Mendiang James menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun di Hospital Umum Sarawak pada 11.40 pagi, Sabtu dan meninggalkan seorang isteri Tan Lee Fong, seorang anak perempuan dan seorang cucu perempuan.

Pemergian beliau meninggalkan kekosongan yang amat dirasai, bukan sahaja oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat tetapi juga komuniti kewartawanan dan rakyat Sarawak.

James dikenali dengan karya-karya mendalamnya yang menyentuh isu budaya, sejarah dan perjuangan masyarakat pribumi, kini menjadi sebahagian daripada sejarah yang beliau sendiri pernah tulis.

Memulakan kerjaya kewartawanan sebagai wartawan kadet di The Straits Times di Kuala Lumpur ketika berusia 23 tahun, mendiang terus melakar kejayaan sehingga muncul sebagai seorang daripada wartawan terkemuka, khususnya di Sarawak.

Beliau pernah membuat liputan untuk pelbagai peristiwa besar dan kes berprofil tinggi, termasuk serbuan Tentera Merah Jepun ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 1975, penangkapan ‘Master of Disguise’ Lai See Kiaw serta penjenayah Wong Swee Chin yang dikenali sebagai Botak Chin.

Sepanjang kariernya juga, James memegang beberapa jawatan penting dalam bidang kewartawanan dan media, termasuk sebagai wartawan di New Straits Times di Sarawak pada 1981, Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (1998) dan Perunding Media untuk Sarawak Digest (2022).

Kecemerlangan beliau dalam bidang kewartawanan dan penulisan membolehkannya menerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada tahun lepas, selain Anugerah Emas Shell Kenyalang, Anugerah Akhbar AZAM dan Anugerah Emas Ang Lai Soon.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings