the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dera anak, bapa dipenjara lima tahun

KUALA PILAH: Seorang bapa berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mendera anak perempuannya berusia 17 tahun pada 23 Jan lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak kandungnya itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap remaja itu menggunakan kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika dalam kejadian pada 11.45 malam di rumah mereka di Kendong, Rembau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, iaitu boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum iaitu boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam Roslaili Alias.

Sementara itu Roslaili memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum berikutan tertuduh merupakan seorang OKU serta bekerja sebagai mekanik lori dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan selain perlu menanggung anak dicederakan itu serta ibu bapa berusia 70-an.

“Mata kiri tertuduh rosak dan tidak nampak sepenuhnya. Semasa hari kejadian, mangsa dipukul kerana telah menipu serta menimbulkan provokasi dengan menuduh dirogol oleh bapanya. Tertuduh menafikan perkara itu sehingga hilang pertimbangan dan bertindak memukul mangsa.

“Anak perempuannya itu sering keluar bersama teman lelaki dan ada kalanya tidak pulang ke rumah, tertuduh bimbang dengan keselamatan mangsa. Tindakan tersebut juga bertujuan untuk mendidik mangsa. Bagaimanapun tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Qaiyyum memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran ke atas tertuduh dan menyifatkan sebagai seorang bapa, tertuduh seharusnya tidak menggunakan kekerasan untuk mendidik anaknya itu.

“Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Tindakan tertuduh berlebihan…jika atas tujuan mendidik, tidak perlu menggunakan senjata seperti bakul, meja seterika dan kerusi plastik yang mana barang tersebut pecah setelah memukul mangsa,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings