the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Hampir 5,000 penggiat seni bakal peroleh manfaat kerjasama FINAS dan Perkeso

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menjalin kerjasama berkaitan kebajikan penggiat seni di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani April ini, ia bakal memanfaatkan hampir 5,000 penggiat industri kreatif.

“Sukacita saya ambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa dalam bulan April ini, pihak Perkeso dan juga FINAS akan menandatangani MoU untuk memastikan aspek keselamatan sosial dapat diterapkan dalam beberapa perkara melibatkan FINAS bagi menjamin keselamatan sosial para seniman dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambaran.

“Ini adalah langkah positif yang kita harap akan dapat membantu memastikan sekiranya apa-apa berlaku kepada pelakon dan kru maka setidak-tidaknya ada beberapa perkara asas yang dapat dibantu untuk para seniman,” katanya.

Fahmi berkata pihaknya sedar mengenai aspek keselamatan sosial waktu bekerja yang sering kali tidak dibincangkan.

“Kita ambil maklum mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti penggambaran, perfileman, sebagai pelakon ataupun mereka yang bekerja di sebalik tabir, sifat kerja itu adalah separuh masa sepanjang masa. Jadi ada beberapa perkara yang sedang diteliti.

“Saya harap selepas ini akan ada beberapa pengumuman baik yang boleh kita berikan terutama untuk para seniman.

“Kita sedang teliti juga untuk wartawan yang melakukan tugasan secara separuh masa yang disebut sebagai pemberita sambilan. Itu pada hari lain,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024 anjuran FINAS di sini hari ini.

Fahmi turut mengulas cadangan beberapa penerbit supaya artis yang mempunyai masalah sikap dan terpalit isu moral dikenakan tindakan disiplin dengan digam daripada muncul di televisyen.

Beliau berkata penerbit boleh berbuat demikian namun di pihak kerajaan, tindakan itu kurang sesuai dengan situasi semasa.

“Harapan saya kita tidak perlu sampai ke tahap perlu gam seperti yang kita pernah lihat dulu. Itu bagi saya tahun 80-an, 90-an sesuai. Saya lihat kita kena cari jalan yang lebih murni dan sesuai dengan zaman sekarang,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menyerahkan sumbangan kepada 50 penggiat industri seni tanah air merangkumi filem, televisyen, muzik, penulisan dan seni lukis.

Sumbangan itu hasil kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam, Yayasan Felda, Yayasan Angkasawan Negara, Koperasi Al-Najah, Eco Marine Group Berhad dan AHB Holding Berhad. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings