the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Komuniti MADANI diharap bantu sebar luas dasar kerajaan dalam dialek setempat

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

HULU SELANGOR: Komuniti MADANI diharap dapat membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan dasar kerajaan dalam bahasa dan dialek setempat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata ini kerana pihaknya mendapat maklum balas banyak maklumat yang disampaikan kerajaan melalui media elektronik tidak difahami sepenuhnya oleh masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kita harap Komuniti MADANI dapat membantu untuk mentafsirkan dasar-dasar (kerajaan) dalam dialek komuniti setempat sebab ramai yang memaklumkan mungkin apa yang kita tengok dalam televisyen itu bahasa yang berbeza dengan kawan-kawan yang ada.

“Kita harap dengan Komuniti MADANI, maklumat akan dapat sampai ke peringkat akar umbi,” katanya pada sidang media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) selepas lawatan kerja di sini hari ini.

Komuniti MADANI ditubuhkan tahun lepas untuk menjadi penyambung kepada usaha kerajaan menguar-uarkan dasar dan aktiviti di peringkat komuniti.

Fahmi juga berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah membuka kaunter aduan di sekitar Kuala Kubu Baharu selepas terdapat rungutan bahawa liputan Internet kurang memuaskan.

“Saya juga telah meminta pasukan MCMC turun bersama Komuniti MADANI untuk mereka mendapat maklumat daripada orang awam di lebih banyak kawasan,” katanya.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh MCMC terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan berita palsu dibuat berlandaskan undang-undang serta tidak mengikut telunjuk politik.

“Ada juga yang bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyebarkan fitnah atau berita palsu.

“MCMC mengambil tindakan berlandaskan undang-undang bukannya mengikut selera politik sebab MCMC adalah sebuah badan berkanun dan ada aktanya sendiri, dan ia bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Jadi tiada sikap pilih kasih, sesiapa yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img