the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAMA: Cuaca panas, El Nino tidak jejas pengeluaran sayuran di Kelantan

KOTA BHARU: Pengeluaran sayuran di Kelantan tidak terjejas walaupun cuaca panas dan fenomena El Nino melanda negeri itu, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan Wan Faizatul Aniza Ismayatim.

“Setakat ini, kami tidak menerima apa-apa laporan berkaitan sama ada (sayur-sayuran) tidak boleh jual atau masalah pengeluaran berikutan cuaca panas.

“Sekiranya berlaku El Nino dan terjejas bekalan, FAMA akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian bagi menyelesaikan masalah bekalan kerana ia di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai Wangi Peserta Ladang Kontrak Projek Kampung Banggol di sini hari ini.

Wan Faizatul Aniza berkata kekurangan bekalan susulan cuaca panas bersifat sementara dan beberapa langkah akan dilaksana oleh FAMA antaranya bekerjasama dengan pembekal serta pemborong dari Terengganu dan Pahang sebagai langkah awal bagi meningkatkan bekalan di Kelantan.

“Selain itu, kami mempelawa pemborong atau peniaga untuk melaksanakan jualan promosi di lot-lot RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar),“ katanya.

Beliau berkata FAMA menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk pemborong dan peruncit memasarkan sendiri produk mereka di RTC Kelantan.

Wan Faizatul Aniza juga berkata FAMA Kelantan menjangkakan pengeluaran sebanyak 170 tan metrik tembikai wangi untuk pasaran dalam dan luar negeri yang diperoleh daripada peserta di Kampung Banggol.

“Daripada jumlah ini, FAMA akan membuat pembelian sebanyak 26 tan metrik manakala 144 tan metrik daripada Rakan Pemasaran Kontrak Pemasaran yang juga daripada 31 peserta komoditi di kampung berkenaan bermula esok hingga 25 Mac ini,“ katanya.

Beliau berkata tembikai itu akan dipasarkan sekitar Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang selain Kelantan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings