the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu ke-14 didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang 'geng upik'

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA KINABALU: Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Mohd Fikrie Isme, 28, merupakan individu ke-14 didakwa selepas 11 individu termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa pada 22 Jan lepas dan dua lagi didakwa pada 1 Mac lepas.

Mohd Fikrie didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu antara 2022 hingga 12 Okt 2023.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Fikrie yang tidak diwakili peguam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail memohon kes Mohd Fikrie dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bersama 13 tertuduh sebelum ini, dan Noor Hafizah membenarkan permohonan berkenaan.

Kesemua 13 tertuduh itu ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; Mahathir Jibarail, 49, Norsyafilah Pawawoi, 28 dan Zulkahar Dusing, 29. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Most Viewed

spot_img