the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM siasat butik terkenal ingkar arahan masuk premis terbakar

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah butik terkenal di Bangi, Selangor yang dipercayai telah mengingkari arahan dengan memasuki premisnya yang terlibat dalam kebakaran.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad (gambar) berkata siasatan secara menyeluruh itu, bagi mengetahui kejadian sebenar bagaimana pemilik premis berkenaan boleh masuk ke dalam premisnya, walaupun telah dihalang oleh pegawai bomba yang berada di lokasi.

“Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran, kita dapat lihat beberapa orang awam (pemilik dan pekerja) telah masuk ke dalam premis berkenaan.

“Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Kedah, hari ini.

Beliau berkata tindakan larangan yang dikeluarkan oleh pegawainya itu, kerana bimbang dengan keselamatan pemilik dan pekerja butik itu, selain mereka perlu memastikan nyawa penghuni lain di dalam premis, orang awam dan anggota bomba yang bertugas dalam keadaan selamat.

“Terdapat juga kandungan berhubung kejadian, kalau nak buat kandungan sekalipun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa. Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial video butik jenama pakaian terkenal di Bangi, Selangor yang terbakar pada Sabtu dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila pemiliknya memuat naik video kebakaran berdurasi 50 saat itu, di akaun TikTok miliknya.

Orang ramai mempersoalkan tindakan pemilik butik itu yang sempat membuat video sinematik yang dirakam dari pelbagai sudut, ketika pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Terdahulu, Nor Hisham telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kedah dan Perlis kepada 82 orang penerima. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings