the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azhari Mukhtar berkata mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.25 petang Isnin, selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.

“Kami telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejak Isnin, dan operasi hari ini menemukan mayat kanak-kanak itu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Mohd Azhari operasi SAR melibatkan 116 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img