the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanybekov sah milik Perak FC

IPOH: Perak FC memantapkan barisan tengah pasukan pada saingan Liga Malaysia 2024/2025 dengan penyertaan kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Selepas mengikat empat pemain baharu sebelum ini, Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak’ FC 2024/2025 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini malam.

Kehadiran pemain kelahiran Kyrgyzstan itu, yang pernah bersaing di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, menjadi pilihan ketua jurulatih Yusri Che Lah bagi memastikan sengat skuad itu lebih tajam.

Kanybekov turut berkeupayaan beraksi di posisi pertahanan tengah bagi mengisi kuota import Asia yang dilihat mampu memberi nilai tambah dalam pasukan apabila akan digandingkan dengan Luciano Guaycochea selaku ‘jeneral’ pasukan selain kebergangtungan penuh terhadap Luciano sebelum ini.

Kanybekov menjadi pemain kelima yang diumumkan Perak FC setelah sebelum ini mengumumkan muka baharu iaitu Tommy Mawat Bada (Negeri Sembilan); Ariff Ar-Rasyid Ariffin (Kelantan Utd); Mohamad Ramadhan Ab Hamid (PDRM FC) dan Nur Azfar Fikri Azhar (Terengganu FC).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin pada sidang media, berkata, Perak FC juga bakal mendapatkan khidmat penjaga gol kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Muhammad Haziq Nadzli.

“Pengumuman berkenaan pemain ini akan dibuat dalam masa terdekat dan buat masa ini ada beberapa isu yang perlu diselesaikan. Bagi kami, dia seorang penjaga gol yang berkualiti namun kita harap dia dapat bersaing dengan penjaga gol lain dalam skuad sedia ada,” katanya.

Terdahulu, bagi menyemarakkan lagi pentas Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Perak FC melancarkan kit jersi utama terbaharu.

Mengekalkan kombinasi warna keramat kuning hitam terus menjadi pilihan skuad The Bos Gaurus dengan menggunakan jenama tempatan Cheetah pada harga RM159 sehelai untuk ‘player issue’ manakala RM39 bagi ‘fan issue’.

Kelab itu juga turut melancarkan tiga jenis pas bermusim pada kadar harga RM189 (Perak); RM300 (Emas) dan pas bermusim premium RM1250 (Hitam) dan kesemua pembeli akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan yang membabitkan pasukan Perak FC di laman sendiri. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings